Dec 2, 2009

Outing bersama rakan


Salam

Petang tadi selesai satu outing bersama Ad,madi,abg kepada madi dan acan kalo x silap.
lokasi Bukit bintang jela..senang ramai orang..nak candid2..
mintak maap la kalo ang susah nak paham ape yang aku n Ad terangkan madi..kami pon banyak lagi nak blajaq..kami cuba bg paham dalam bahasa yang mudah..yang lain hang kena belajaq sendiri pelan2..
sama2 la kite menuntut ilmu..bukan mudah nak hasilkan gambar mcm photographer2 hebat diluar sana..
tapi semua orang bercita2 nak jadi hebat..so kite teruskan practice..
insya'allah..


Ad

madi dan Ad

rakan baru

Abang madi















Nov 29, 2009

Self Potrait

Salam

Dah lame aku x bermanja dgn kamera D1x aku..semalam aku balik kl bawak dia kembali ke pangkuan aku..setelah lama aku biarkan dia dirumah makpak aku..kesian dia..
untuk memujuk hatinya yang rajuk..aku pon charge betri n snap la potrait sendiri dalam hitam putih.








Sambil tuh..kenali diri anda..ni aku nye..haha..99.9% tepat..
korang nye aku xtau..hehe

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


Maklumat Asas Diri

Aras Diri - Emosional

Unsur / Elemen

Warna Pelindung Diri

Tahap

Perawakan Fizikal

Pusat Kawalan Otak

Deria

API

MERAH JAMBU

TARIQAT/JALAN

BENTUK ABDOMEN

HYPOTHALAMUS/THALAMUS

MATA / PENGLIHATAN

Personaliti Diri

POSITIF

Terbuka

Tenang

Menghayati

Rasional

Kreatif

Kasih-sayang

Keriangan

Pemurah

Kematangan

Tersendiri

NEGATIF

Sensitif melulu

Serius

Penarikan diri

Pemarah

Termenung

Kebencian

Kesedihan

Kedengkian

Cemburu

Pemalu


Penyakit

MINOR

Demam Kelenjar

Masalah mulut

Sakit Tekak

Hilang kesedaran

Batuk

Berdengkur

Selsema

Bronkitis

Influenza

MAJOR

Angin Ahmar

Lumpuh

Shock/stroke

Pembuluh tersekat

Tahap kolestrol tinggi

Katarak

Sinur

Resdung

HIV


Kebolehan / Kelemahan

KEBOLEHAN

Imajinasi

Khayalan

Muzik

Holistik

Kreatif

Gambar

Warna

Ingatan Jangka Pendek

SIMPTON KELEMAHAN

Khayal

Mengantuk

Terlalu mengikut perasaan

Sinus

Tekanan darah

Nov 13, 2009

Projek Pembuatan basikal BURUK


Salam

Tuan punya basikal
Fad dan Alien

Fad - Single speed MTB
Alien - Paint (monster energy macha)

So hari ni adalah hari yang bermakna bagi aku sebab pe??
sebab aku x penah lg baraikan basikal org smpai dua bijik satu hari..nak spray lak tuh..
dari kol 11pg fad dh pon meroger aku dan memulakan kerja2 penglawaan basikal beliau..sejurus selepas itu alien pula menyusul..sampai la kol 8mlm aktiviti tergendala untuk memberi laluan ke majlis doa selamat di rumah rakan..

turut terlibat menjayakan
ejam..diba..axwan

sedikit gambar suka duka hari ini..

alien punya

fad punya








Nov 1, 2009

Perkahwinan Kina & Wan


Salam..
Dua hari bertungkus lumus utk menghasilkan foto yang baik untuk seorang school mate aku sorang nie..kina namanya..masa form 5 dulu dia le penolong kelas aku..dan aku merangkap ketua kelas yg pemalas..dia banyak tlg aku dulu..hehe...thanx kina sbb hire aku..terharu aku..haha..acara nikah berlansung di surau As-Saa'dah wangsamaju dan resepsi di Dewan Komuniti Gombak..tahniah aku ucapkan pada kau dan laki ko..aku ni ntah bile la agaknye..haha..

Oct 30, 2009

Kemaskini hidup

Salam..

Blog2 lain telahpun dikemaskini..haha..lama betul terbiar..
sudi2lah kirenye mencampakkan sepatah dua kata disana..


gambar2 kawin yg x best pon..


gambar2 lain..


tu saja..toot..bersambung di akan datang..

Oct 22, 2009

Axwan Fixie SIAP!




Salam
Dari semalam kami mengusahakan bersama pembinaan basikal from the ground..haha..
so pemergian "saodah" axwan bukan penghalang utk dia mencari pengganti baru..aku ejam dan axwan sendiri telah bersama menjayakan basikal beliau..

silalah tgk video x seberapa kt bawah nie..


Oct 18, 2009

Mendaki di Bukit Tabur

Salam..

Jadi setelah aku dan ejam merancang dan x jadi pegi utk seminggu tempohnya.maka pada hari ini kami tekadkan hati untuk ke Bukit Tabur atau bkt melawati..jam 12tgh hari kami mula mendaki..ntah pape la..tgh hari terik baru nak naik..dgn berbekalkan air botol dan 100plus utk 3 org minum..sep bajed..haha dan tanpa sebarang pengalaman mendaki dan exercise kami dgn perasaan cuak2 suam dan keyakinan serta semangat yag membuak2 trus saja park keta dibawah dan meneruskan pendakian..hanya doa kami panjatkan semoga selamat segalanya..haha..pendakian pertama kali kami ini sekadar melihat kawasan bagi projek 2030 akan datang..tapak pembinaan restoran idaman kami.restorann tergantung..

misi bermula dengan 3 orang jejaka hensem melangkahkan kaki di bibir bukit..
Aku,Ejam & Rad(jejaka kacak)


rad tidak dapat meneruskan pendakian kerana masalah kesihatan..

aksi poyo turut kami lakukan..haha

posing sket diperingkat bawahan..

damai..

ejam pose maut..

lakonan konon2 teruk gila la nie..padahall..

ade lagi tuh bukit..haha

dedikasi untuk mereka yang tidak ikot..

rakam2 video sket..pakai hp murah..haha


ejam terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan..aku meneruskan hasrat hati berseorangan..

setelah kembali kepada ejam..rehat sebelum turun semula kepada rad yang sudah di tingkat 3..kaki terseliuh plak..

so..semasa turun kami terpaksa bergerak perlahan kerana keadaan rad yang tidak boleh berjalan normal..dgn kekuatan semangat beliau akhirnya beliau berjaya turun dengan selamat menggunakan lutut,ponggong, dan tongkat..kami mmg x tau nak wat cmne lg..sbb dia lebih besar dari kami..hhaha..

ada sket video pecah dari hp..

insya'allah next time kami akan repeat untuk mengambil foto dan video yang lebih jelas..
pengalaman yang menyeronokkan..
Alhamdulillah..