Feb 15, 2012

Kahwinsudahsaya :)


Salam..
tanggal 11 Februari 2012 maka bergelarlah aku sebagai seorang suami kepada seorang perempuan berbangsa cina..setahun yang lalu Allah temukan kami dalam suatu rasa yang sukar utk kami jelaskan..diatas dasar agama kami nekad berkahwin..ketabahan dia dalam mengharungi segala kesukaran amat aku sanjungi..suatu kekuatan yang Allah beri buat seorang hamba bergelar muallaf..Alhamdulillah segalanya ditempuh dengan sabar..Allah jua yang menentukan sesuatu ujian itu bagi hambanya..dan yang pasti Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu baik ataupun buruk...kita sebagai hamba perlu berfikir supaya kita menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan bersyukur diatas segala nikmat kurnia..bukan mencaci semaja tanpa berfikir mengapa ini semua terjadi..menjadi seorang suami bukan sekadar mengenakan gelaran SUAMI tetapi ia sesuatu yg besar dan penuh perincian.Soal tanggungjawab dan membawa suatu halatuju kehidupan buat diri,isteri dan zuriat keturunan kelak..apa kita tidak gentar akan amanah Allah pada kita sebagai seorang pemimpin..begitu juga seorang ISTERI..ia bukan sekadar gelaran :)



 



























































Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah.
Terima Kasih tak terhingga pada mak abah aku, ibu mertua, ayah angkat dan mak angkat serta keluarga dari seluruhnya..rakan2..jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang banyak membantu dan menyokong sehingga semuanya berjalan lancar.Allah jualah yang membalas segala budi kalian.

tq pada photographer dan video grapher termasuk Aiman adik aku :)