Jul 24, 2012

Salam Ramadhon 2012


Salam..

dikesempatan ini aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin muslimat diseluruh muka dunia ini..selamat menjalani ibadah puasa..puasa bukan tentang menahan lapar dan dahaga je tau..sama-sama kita menghayatinye..kita kurang ilmu kita sama-sama belajar..hidup ini adalah pelajaran.semoga kita semua dirahmati,diberkati dan diredhoi  Allah S.W.T. amin ya Rabbal A'lamin :) sayang kamu semua

Jul 8, 2012

HARIZ & HUDA

Salam..
Hari ni pulang ke Serendah Kg.Halaman..meluangkan masa bersama keluarga.sempat photoshoot sket.gambar2 diambil oleh adik aku AIMAN..tq man sebab sudi ambil..from serendah with love :)



Alhamdulillah selepas bergelar suami isteri kehidupan kami lebih tenang..tiada apa lg sebenarnya yang lebih hebat dari kasih sayang..bilamana aku dikurniakan seorang isteri..aku berasa amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T. Di atas kasih sayang Allah.DIA perkenankan dan permudahkan segala hal..sebagai Muslim aku akan terus mendidik diri aku untuk menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka..walau baik atau buruk pasti ada sesuatu yang perlu kita pelajari darinya..soal rasa syukur,redha,tawakal dan sebagainya.

Yang lepas biarlah ia menjadi pelajaran supaya kita mengambil iktibar dari segala sudut pengalaman itu, yang pasti aku akan terus perbaiki diri meneruskan hidup didunia ini..ya dunia harus dijalani..akhirat harus dipersiapi..bukanlah dunia ini akan bersama kita selamanya..sebaliknya ia hanya jambatan untuk kita menuju jalan Akhirat..banyak perkara kadang kita tak mampu ungkapkan dengan kata-kata..jauh disudut hati kita memahaminya..tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya..itulah kita sebagai hamba yang tidak ada daya untuk mengawal semua..walaupun ia didalam diri kita..terpaksa juga akur bahawa tanpa DIA kita tidak akan kemana..terus meminta agar diberi jalan yang terbaik didunia supaya kita tidak tersungkur diatas dunia sebelum keakhirat sana..jadi mengapa kita masih angkuh dengan dunia yang kita rasa ianya usaha kita semata-mata?

Bagi aku hanya dengan Allah menemukan aku dengan isteriku..banyak lagi ruang terbuka didalam minda dan hatiku untuk lebih berfikir tentang setiap inci perkara..bukankah itu urusanNYA?
tidak terkata..terkesima..ternganga..bila berfikir tentang ketentuanNYA..kita tidak dapat mengawal semua..tetapi jalan itu ada..cuma kita kena memilihnya..apa yang penting kita harus minta dan terus mengharap padaNYA..bukan hanya usaha semata-mata..ini soal kita dan tuhan MAHA PENCIPTA.

persoalan..
apakah perkara yang paling kita perlukan?
KETENANGAN

apakah perkara paling kita tidak inginkan?
TIDAK TENANG

dimana,siapa,bagaimana,apa pun kita..jika tiada ketenangan dan damai dalam hati..apa perkara sekalipun tidak lagi bermakna..walau kelihatan ada..tapi kosong didalam jiwa....sebaliknya hanya dengan jalinan kasih sayang kepadaNYA ketenangan akan bersama kita walaupun kita kelihatan tiada apa-apa pada mata manusia...insya'allah..

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


“Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang – bercampur aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu berhias (dengan bunga-bungaan berwarna-warni, dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).” – Surah Yunus: 24

 
kita pelajar..mari terus belajar untuk lebih baik.
Wallahua'alam..