Oct 16, 2010

Perginya seorang teman

Taufiq Sharif 1983-2010

Terasa amat sedih sekali saat aku meratapi tubuh seorang teman berjuang untuk kali terakhirnya..bila kita selalu menyaksikan adegan di dalam filem tatkala mesin didalam wad berhenti menandakan dia tidak lagi bernafas..aku dan rakan-rakan lain serta keluarga nya menatap penuh kesedihan.walaupun berat tapi akur dan harus merelakan..
setiap insan pasti merasai saat kematian meninggalkan dunia tempat kita belajar mencari keredhaan dan keimanan..

kami saling berpelukan..terasa amat dalam rasa kesedihan..
bagaimana rasanya ibu yang melahirkan?
ayah juga yang membesarkan?
seorang gadis bergelar kekasih melepaskan?
sahabat seperjuangan?

tak dapat lagi digambarkan..
suratan yang harus kami relakan..
tanggal 16 oct 2010 jam 1.35pagi kau pergi tinggalkan kami.


AL-FATIHAH
Semoga rohnya dicucuri RAHMAT..

2 comments:

GigiWangi said...

al-fatihah

:'(

Unknown said...

Suratan takdir yg perlu kita terima.. Ajal dan maut memang Tuhan yg tentukan. Terima kasih kerana menjadi teman yg baik pada arwah Taufiq. Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan dia di sana, insyaAllah. al-Fatihah