Aug 25, 2012

Aidilfitri 2012





Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidilfitri kami ucapkan pada seluruh umat Islam..Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T atas segala limpah kurniaNYA dapat menghabiskan puasa pada tahun ini dan menyambut Aidilfitri..tahun ni amat bermakna buat aku dan isteri..masing-masing dapat beraya sebagai suami isteri dan sudah tentu kegembiraan ini tak dapat kami ungkapkan dengan kata-kata.

begitu pantas sebulan berlalu..Ramadhan meninggalkan kita.bulan penuh bonus dari Allah..terlalu banyak ganjaran yang Allah beri pada bulan ini..persoalan sejauh mana kita merebut ganjaran tersebut perlu diaju pada diri sendiri..sudah tentu sedikit amal kita dibandingkan dengan nikmat Allah pada kita setiap detik ketika.

Apapun sebagai hamba kita perlu bersyukur setiap masa dan terus memperbaiki diri buat bekal ke akhirat sana..entah ada lagi Ramadhan buat kita tahun depan..kita tak dapat nak memastikan perkara itu.Allah saja yang tau.mudah-mudahan amal kita terima Allah.

dikesempatan ini kami memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali kami.jika ada salah dan silap harap dimaafi..

semoga Allah mengampuni kita atas segala keterlanjuran yang telah kita lakukan..
Amin Ya Rabbal A'lamin.





No comments: