Aug 31, 2012

Berhenti Rokok - MERDEKA


suatu masa

Assalamua'alaikum w.b.t

Hari ni aku nak share tips berhenti merokok..aku pernah bergelumang dengan benda alah ni.dan aku akui ia memang sedap dan mengasyikkan.lagi2 ketika lepas makan.perghh..layan..kadang kita sampai mengucapkan kata "tak boleh hidup tanpa rokok" sebab dah jadi sebahagian dari hidup kita..kerana rokok saja kita sanggup tak makan kerana labur duit untuk rokok, ada orang macam tu..apa-apa hal pun rokok dulu..

kisah berhenti merokok..percubaan pertama aku mulakan pada bulan Ramadhan - berhenti perlahan2..kurangkan kuantiti pengambilan kemudian berhenti terus..percubaan kedua juga aku lakukan pada bulan Ramadhan.prosesnya sama.kedua2 percubaan itu hanya membuatkan aku boleh bertahan hanya dalam masa 6 bulan.hehe

faktor yang membuatkan aku hisap balik rokok adalah seperti berikut:
- rasa bosan semasa waktu lapang dan bila melepak dengan kawan2.
- bau rokok yang mengasyikkan menusuk kedalam hidung seterusnya paru-paru.
- melihat orang merokok rokok terutamanya kegemaran aku.
- cuba sebatang kerana pelawaan rakan atau aku sendiri inginkan..hanya sebatang.

 Persoalan yang selalu diajukan adalah :
"macam mana kau berhenti merokok ye?"
"makan ubat apa weh?"
"pelan2 ke terus berhenti?"
"mesti ada orang suruh ni kan..kan..kan?
"awek marah la tu."

dan bermacam lagi versi soalan yang mungkin keluar dari benak pemikiran manusia sejagat.

jadi persoalannya sekarang.."macam mana nak berhenti?? "
jawapannnya "berhenti.."

macam tu je ke??..yup macam tu je..tak perlu ubat..tak perlu perlahan2..orang suruh baru nak buat.

buatlah sesuatu kerana anda inginkan perubahan dalam diri anda..bukan orang inginkan perubahan dalam diri anda.

"ehh..tak boleh..buat sesuatu mesti ada sebab..tak salah kalau orang bagi galakkan.."

ye betul..tak salah..sebab anda berhenti adalah anda nak yang terbaik untuk hidup anda..ye betul tak salah orang bagi galakkan.itu juga kebaikkan yang tak perlu ditolak.tapi perasan tak bila anda dah fikir yang tak salah orang bagi galakkan sebenarnya anda juga orang yang boleh memberi galakkan..

sebenarnya dalam proses kita merubah diri kita secara langsung atau tak langsung..kita telah menerima galakkan dari persekitaran hidup kita itu sendiri..kita tak boleh cakap yang kejayaan kita dalam sesuatu perkara itu adalah usaha kita sendiri semata-mata..sebab kita hidup saling memberi dan menerima.

siapa yang memberi galakkan tu?
diri sendiri terfikir? ibu ayah? kawan? guru? iklan kesihatan?..dari manapun ia datang sebenarnya ia adalah rahmat ALLAH pada anda yang datang dari pelbagai sudut.ia takkan berlaku begitu sahaja..dan ia bukan tentang diri kita sahaja.

Allah memberi dan anda penerimanya..itulah hakikat hidup ini sebagai hamba..oleh kerana itu kita haruslah sentiasa meminta kepada Allah agar diberi kekuatan.jadi dalam soal berhenti rokok perkara yang anda harus lakukan adalah :
- berniat, berdoa dan minta pada Allah kekuatan itu.
- usaha dan berdisiplin tanpa mengalah.
- usah lari dari rokok tetapi berhenti menghisap rokok.
- jangan mulakan bila anda sudah berhenti walaupun baru berhenti seminit.
- gantikan masa yang dihabiskan kerana rokok dengan aktiviti yang berfaedah(berzikir,solat sunat dll)
- gantikan duit rokok anda dengan bersedekah(memberi makan, tabung dll)

kerana apa anda berhenti?? persoalan itu perlu dijawab sendiri..maka pilihlah yang terbaik iaitu kerana Allah s.w.t. Dialah yang memberi kita nikmat rezeki dan kesihatan untuk kita mensyukuri dan menjalankan ibadah..jadi mengapa kita menggunakan rezeki itu untuk merosakkan nikmat kesihatan yang telah diberi olehNYA?

kita tidak akan ada masalah jika tidak makan nasi..
kita juga tidak akan ada masalah jika tidak hisap rokok.
 yang menjadi masalah bila kita merasakan hanya nasi sahaja tempat kita bergantung..padahal masih banyak makanan yang Allah kurnia didalam dunia.

jadi ubah mind set anda untuk memandang kebiasaan anda itu sebagai perkara biasa saja..bukan apa-apa pun kalau anda tak dapat.

apapun mohonlah pada Allah untuk kita terus kuat melawan pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu, perjuangan kita dalam menuju kebaikkan bukan sehari dua..ia berlangsung sampai mati.jadi pengharapan pada Allah tidak hanya berhenti bilamana anda sudah mencapai kejayaan..tetapi selepas anda mencapai kejayaan juga anda perlu terus memohon pada Allah..begitulah proses kehidupan sebagai seorang hamba..Allah sedang menguji kita.

sama-sama kita usaha.
semoga berjaya :)
Wallahua'lam..

2 comments:

a . i . n said...

ensebenarnya aku dah lama tak buka blog. hari ini terpanggil untuk buka blog, kemudian ternampak entri kau ni di homepage aku. entri ini terbagus dan paling aku suka. terima kasih Kas kerana memberi aku beberapa kesedaran.

there's a reasonable reason behind a reason.

mona said...

mungkin... sudah tiba masanya utk anda mempraktikkan kaedah yg ditawarkan dlm pautan di bawah ini.. mana tahu ia dapat membantu kan? sekurang2 nya anda telah mencari jln dan berusaha...

dan anda, para wanita pembaca blog yg lain, juga blh membantu yg tersayang utk menghilangkan tabiat buruk ini.. kan?

semoga memberi manfaat pd yg memerlukan.. ^_^

Jom Berhenti Merokok