Dec 22, 2008

30 Hari Mencari Diri


huhu..bye2 kawan..


Bermula saat aku post entry ni aku dah xda lagi di rumah atau di Kuala Lumpur,aku akan pergi keluar berjalan dan terus berjalan tanpa henti di sekitar semenanjung or maybe luar dari semenanjung berbekalkan sedikit duit dan barang asas. Aku akan cube mengenali dunia sekitar aku berbekalkan ape yang ada pada diri aku sahaja. Bagaimana layanan alam atau dunia terhadap aku bergantung pada diri aku sendiri.elok aku elok lah semua..dari sini la aku akan cube mengenali diri aku ..tau kelebihan n kekurangan aku..


Dah lame aku merancang untuk laksanakan benda nie..tapi kita hanya merancang.tuhan jua yang menentukan..Jadi, hari dan saat ini adalah masa yang sesuai bagi aku.Banyak masalah dalam jiwa ni..Tapi semuanya cuma benda kecil..permainan biasa dalam hidup nie. So pada hari ini cukuplah semua ni..Biar aku keluar melihat dunia, mendekatkan diri aku yang dah jauh sangat dengan Tuhan Yang Maha Esa ..mengenali alam dan diri aku sendiri.


Harapan aku semoga tuhan selamatkan perjalanan aku hendaknya selama sebulan atau mungkin lebih ni..mesti banyak benda berguna yang aku dapat..apa yang aku perolehi masa ini adalah tiada duit yang banyak..baju yang hanya beberapa helai..tempat tidur yang x mampu aku bayar..dimana sahaja akan aku cube dalam keadaan seorang diri or mungkin ada orang disitu.aku tidak tahu apa yang bakal berlaku..aku tak kisah kalau aku dikatakan bodoh melakukan ini..aku melakukannya demi kepuasan diri sendiri .aku tahu apa yang perlu dalam hidup aku..aku ade sebab tersendiri..hanya aku dan diri aku yang tahu..dan aku yakin tuhan mengerti isi hati aku..biar apa orang kata..itu semua bukan soalnya..


Walaupun semenanjung ini tak la terlalu besar..aku yakin benyak benda yang aku boleh pelajari dari tempat yang tuhan campakkan aku nie..tentang hidup..tentang kasih sayang..tentang tanggungjawab..tentang ikhtiar hidup..tentang kesenangan dan kesusahan..Aku akan berasa puas jika hajat aku nie terlaksana...sebab aku terlalu inginkan ini sejak dari aku kecil lagi..selagi aku tak merasakannya..aku akan rasa aku seorang yang gagal.

Insya’allah aku akan berkongsi cerita dan gambar setelah aku pulang nanti jika dizinkan tuhan...



yahooo!!


Salam untuk semua..

Hariz Hafiz @ Kasturi

8 comments:

SaroL said...

lor....ini rupenye...baguslah kas..semoga ko selamat dalam misi nko nih...selagi masih bujang. kalo nak ke labuan tu..jgn lupa daku..hahahha

faris said...

semuga berjaya dan selamat..

JZ said...

membawa diri la plak mber aku sorg nie..

fad said...

kassssssss.kenapa kau tak tunggu aku???

Farhana said...

Banyakkan perjalanan dalam hidup ini supaya kita dapat mencari diri kita yang sebenarnya..semoga berjaya hang kasturi dalam misi anda itu!cayalahhhh

a . i . n said...

mane lak ko nk g neh kas..
muga brjya..
aku pn tau pauq yg kasitau..
huhuhu..

adifDAS said...

selamat bercuti
huhuhuhu

a m b e r h u n n said...

selamat berjuang :)